Era 2008 - 2012 PeKOMIK

Sepanjang pertubuhan persatuan ini, pelbagai aktiviti dianjurkan seperti ceramah, forum, bengkel, persidangan, dan pertandingan yang menyatukan pelukis-pelukis dan peminat seni genre komik. PeKOMIK turut bekerjasama dalam menganjurkan Anugerah PeKOMIK dengan studio Banshee Creative. Penganugerahan bermula sejak 2009 dan terakhir adalah pada tahun 2012 dimana 16 kategori telah dicalonkan.